Jaminan Peningkatan Pemahaman dan Prestasi Pelajaran Anak Anda dengan Kelas Kecil yang Interaktif – Hanya di hujung minggu, dari keselesaan rumah!
Sebagai ibu bapa yang sibuk, pasti sukar untuk memastikan anak-anak mendapat pembelajaran yang optimum di sekolah. Anak seringkali mengadu bahawa mereka tidak faham sepenuhnya apa yang diajarkan di kelas, dan ibu bapa pula tidak sempat untuk memantau dan membantu mereka. Dengan persiapan SPM 2026 yang semakin hampir, ibu bapa ingin mencari alternatif terbaik untuk memastikan anak mereka berjaya. Tetapi, masa dan jadual yang sibuk membuatkan kelas tuisyen tradisional bukanlah pilihan yang mudah.
Sejak tahun 2014, Cikgu Niza aktif mengajar Matematik dan mempunyai pengalaman membimbing pelajar sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Kepuasan melihat perkembangan dan kejayaan pelajar menjadi pendorong utama beliau untuk terus berkongsi ilmu.
Selepas era COVID-19, Cikgu Niza memberi fokus sebagai Tutor Matematik dalam talian dan terus komited membantu pelajar memahami Matematik dengan lebih mudah serta yakin untuk skor dalam peperiksaan.
Cikgu Niza memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa, itulah sebabnya kami menawarkan kelas tuisyen online yang fleksibel dan efektif. Kelas kami dijalankan secara online menggunakan platform Google Meet, membolehkan anak anda belajar dari mana-mana sahaja tanpa perlu keluar rumah. Dengan kumpulan kecil, setiap pelajar mendapat perhatian sepenuhnya dari pengajar, menjamin pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam. Kami juga menggunakan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif, supaya anak anda tidak hanya belajar tetapi juga menikmati proses tersebut!

Kelas dijalankan pada hujung minggu dan cuti sekolah, memudahkan jadual keluarga.

Setiap pelajar mendapat perhatian individu yang lebih.

Guru berpengalaman dalam bidang Math, Bahasa Melayu, dan Sains.

Menggunakan alat bantu pembelajaran digital untuk pengalaman yang lebih menarik.

Kami memberi komitmen untuk meningkatkan pemahaman dan prestasi anak anda.



